Parlimen Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (Guru Siswazah) yang berkelayakan untuk mengisi satu (1) jawatan Pegawai Penerangan Gred 44 (Terbuka) di Parlimen Malaysia Secara Pertukaran Sementara.
Syarat-syarat permohonan:-
1- Telah disahkan dalam perkhidmatan
2- Telah berkhidmat sebagai Guru sekurang-kurangnya 3 tahun
3- Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2014
5- Terbuka kepada calon-calon dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sahaja.
Deskripsi tugas:
1- Mengetuai Seksyen Pendidikan dan bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.
2- Mengurus lawatan dan memberi taklimat mengenai sistem demokrasi berparlimen kepada rakyat Malaysia terutamanya pelawat dan pelajar-pelajar sekolah.
3- Bertanggungjawab menyelia dan mengurus Galeri Parlimen.
Pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan serta resume yang mengandungi butiran berikut:-
1- Butiran peribadi
2- Ringkasan kelayakan akademik
3- Ringkasan perkhidmatan
4- Latihan / kursus dalam tempoh 2 tahun terakhir
5- Ringkasan aktiviti/kegiatan luar
Permohonan hendaklah dihantar melalui dan dengan sokongan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar) kepada alamat berikut:-
Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur
Atau emel ke pp44@parlimen.gov.my
Tarikh tutup : 7 April 2014 (Isnin)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Mazlifah binti Mansor di talian 03-2601 7161.