1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (SAMBILAN)
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
GRED : N27
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
JADUAL GAJI :Gaji Harian
RM 72.00 sehari
SYARAT LANTIKAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
(c) Hanya calon yang mempunyai kelayakan minimum di peringkat DIPLOMA DALAM BIDANG PERAKAUNAN di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan diberi pertimbangan;
(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(f) Calon diwajibkan membawa Sijil SPM dan transkrip keputusan Ijazah / Diploma bagi semester akhir semasa menghadiri temuduga;
(g) Permohonan terbuka kepada semua calon yang layak; dan
(h) Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini.
1. CARA MEMOHON
1.1 Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut:
i) RESUME;
ii) SALINAN DIPLOMA YANG TELAH DISAHKAN;
iii) SALINAN TRANSKRIPT YANG TELAH DISAHKAN; DAN
iv) SALINAN SIJIL SPM YANG TELAH DISAHKAN.
1.2 Semua dokumen hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini seperti alamat di bawah sebelum atau pada 30 APRIL 2014 (RABU ).
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH DAN ARAS 2
NO. 2251 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR.
1.3 Hanya calon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk hadir temuduga pada
masa yang akan ditetapkan oleh Bahagian ini.
2. TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN
3. KEMUDAHAN DAN ELAUN
Anggota sambilan yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun
tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011, seperti berikut:
i) Elaun Perjalanan Kenderaan
ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing
iii) Elaun Harian
iv) Elaun Makan
Muat turun iklan jawatan disini