1. Pustakawan S41
Tarikh tutup permohonan pada 14 April 2014
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan Borang Permohonan beserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah. Semua salinan sijil/dokumen berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua Sekolah/Guru Besar/Penghulu/Ketua Kampung. Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat di mana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2013 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.
Borang permohonan sila muat turun pada link muat turun borang permohonan dibawah. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan ditolak. Bukti penghantaran pos bukan bukti penerimaan. Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas permohonan yang lambat, hilang dan lain-lain. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
Tarikh Tutup Iklan : 14 April 2014 (ISNIN)
Muat turun iklan jawatan disini
Muat turun borang permohonan disini