Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) - 12 Mei 2014

Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Mei 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH):

1.Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

(b) Bilangan kekosongan : 3 jawatan
(c) Klasifikasi perkhidmatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(d) Jadual gaji : RM 54.00 sehari
(e) Tempoh perkhidmatan : Tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh lantikan.

(f) Syarat-syarat seperti :
i) Warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv) Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer dan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain.

(g) Senarai tugas :
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi jabatan/ bahagian yang berkenaan meliputi tugas-tugas berikut :-
i) Pengurusan rekod termasuk penyediaan laporan bulanan dan statistik;
ii) Penyelenggaraan fail dan dokumen;
iii) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan;
iv) Pengurusan personel seperti mengemaskini rekod cuti dan perkhidmatan anggota; dan
v) Pengurusetiaan majlis, kursus dan sebagainya.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2345959
(u.p. : Puan Nor Zaidah binti Md. Galeh / Harlin binti Sumali)

Tarikh tutup : 12 Mei 2014 (Isnin)
Jobs Reviewed: Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) - 12 Mei 2014 Description: Rating: 4.5 Reviewed By: Unknown

wdcfawqafwef